Friday, January 28, 2011

Pengenalan Diri Kami

Salam 1 Malaysia... Saya, Asyikin dan kawan saya, Hajar telah menyertai satu pertandingan mencipta blog yang dianjurkan oleh Pejabat Kegiatan Rakan Muda Pengkalan Hulu, Perak.

Kami memilih corak latarbelakang ini kerana sesuai dengan fenomena belia masa kini.

tengkorak: melambangkan belia masa kini seharusnya menidakkan kepada aktiviti yang tidak bermoral contohnya- pergaulan bebas, lumba haram, dadah, minuman beralkohol, merokok dan melepak.

rama-rama+bunga+awan+matahari+daun+pelangi: melambangkan belia masa kini harus menghargai alam semulajadi dan memelihara serta memuliharanya untuk generasi akan datang.

bintang: bermaksud remaja masa kini telah didedahkan kepada arus teknologi yang setanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, remaja seharusnya terus bersinar bukan hanya dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa juga.

hati: bermaksud remaja memerlukan kasih sayang,tidak kira keluarga ataupun rakan-rakan bagi mengelakkan mereka terjerumus ke arah maksiat.

No comments:

Post a Comment